Kes saman fitnah RM215 juta Johnny Depp terhadap bekas isterinya, Amber Heard dilihat semakin menjelikkan dari hari ke hari.
Johnny bertindak menyaman Amber atas pendedahan palsu yang ditulisnya dalam Washington Post, di mana bintang Aquaman itu menyatakan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Kini sebagai menjawab pertuduhan tersebut, pelakon berusia 59 tahun itu menyelarnya sebagai sesuatu yang “agak keji dan mengganggu”, seterusnya mengakui dia tidak pernah memukul Amber atau mana-mana wanita lain sepanjang hayatnya.
Kes yang kini sedang dibicarakan di Fairfax County Circuit Courthouse di Virginia, Amerika Syarikat itu membongkar beberapa perkara mengenai kisah silam pasangan itu sewaktu bergelar suami isteri.
Baca lima pendedahan mengejutkan dalam perbicaraan kes saman fitnah Johnny dan Amber.