Selepas tiga bulan dilahirkan ke dunia, nama puteri sulung Priyanka Chopra dan Nick Jonas dikongsikan kepada umum.
Menurut sijil kelahiran yang diperoleh oleh portal TMZ, Priyanka dan Nick menamakan puteri sulung mereka sebagai Malti Marie Chopra Jonas.
Dokumen rasmi itu juga mendedahkan, anak pasangan itu yang ditimang melalui khidmat ibu tumpang dilahirkan selepas pukul 8 malam pada 15 Januari 2022 di sebuah hospital di San Diego, California.