Biar sudah bertahun-tahun berada di industri, figura ini terus disunting menjadi teraju utama. Dia mengimbangi populariti dan kualiti dengan cukup sempurna.
Siti Saleha, antara wajah kesayangan pencinta dunia seni tanah air. Sudah beberapa kali dia diundi peminat dan dijulang sebagai Pelakon Paling Popular, baik TV mahupun filem. Watak-wataknya menjadi kesukaan, dari awal kemunculan di dalam siri Nora Elena sampailah Mia Adriana menerusi 7 Hari Mencintaiku. Dia yang mesra disapa Sally juga sudah membuktikan dia bukan sekadar layak dilabel popular, dia juga layak digelar terbaik bila mana sudah banyak anugerah yang mengangkat bakat diterimanya seperti di Anugerah Telenovela juga Anugerah Skrin. EH! menemubual figura yang bermula sebagai model komersial sejak kecil lagi ini, berbicara tentang pengertian kemaafan, bagaimana mahu memaafkan dan melupakan.
Apa yang bermain di minda Sally ketika ini?
Saya hanya mahu berehat, mahu menarik nafas sedikit selepas jadual harian bertubi-tubi sibuk dengan penggambaran. Sejak awal tahun hinggalah April saya terlalu sibuk dan ketika ini saya mahu berehat seketika. Cuti Hari Raya adalah ruang terbaik untuk saya mencari ‘me-time’ dan sepanjang Mei sendiri saya tidak mengambil mana-mana tawaran. Fokusnya kini hanya mahu ambil masa untuk reflek diri. Ikut perancangan mahu bercuti sekejap sebelum saya kembali ke set Jun nanti. Sebagai pelakon kita sendiri tak tahu bila tarikh luput kita, selagi ada rezeki saya akan terus bekerja, dan berlakon itu sendiri adalah passion saya. Saya kena jaga diri saya.
Siri ‘7 Hari Mencintaiku’ mencipta fenomena tersendiri, dari musim pertama siapa sangka ia bersambung ke musim ketiga. Ketika ini drama rantaian ini sedang mendapat perhatian, trending nombor satu saban hari. Pada SAlly di mana kekuatan, dan apa yang membuat orang terikat dengan siri ini?
Bagi saya ia kembali pada jalan ceritanya, ada orang berpendapat ceritanya realistik. Bagi saya ia berkait rapat dengan apa yang terjadi dalam kehidupan di sekeliling kita. Orang yang menonton juga memberi reaksi tentang karakter ‘Mia Adriana’, bagi mereka wataknya berbeza, tidak seperti selalu menantu perlu tunduk kepada mertua. Ia memberi satu inspirasi, punya unsur empowerment. Walaupun ia sekadar watak yang direka tapi bagi mereka ia memberi inspirasi, satu watak yang membuat orang benci dan dalam masa sama sayang. Saya cukup menghargai pada sesiapa yang berkongsi feedback. Sama seperti projek saya yang lain,s aya tidak meletakkan apa-apa harapan. Bila bersambung ke musim ketiga pun, saya senditi terfikir apa lagi yang Kak Siti mahu ketengahkan, apa lagi pengajaran yang boleh diberikan kepada yang menonton. Cerita ini disempurnakan dari banyak sudut, kisahnya, unsur komersial dan sesuai sebagai sebuah cereka televisyen.
Bekerja back to back sejak Januari, pernah atau tidak Sally berasa jemu dengan rutin harian? Bagaimana menjaga momentum agar terus mengalir deras?
Bila saya menerima satu tawaran kerja untuk drama siri, rutin hariannya memang sama. Tapi selepas beberapa tahun berada di dalam industri, saya dah pandai sikit, kita kena bijak susun atur kerja. Ada masanya saya memang akan ambil masa bercuti dalam kepadatan jadual. I need that kerana itu cara saya untuk hibernate. Saya tidak jemu dengan rutin ke set, bila kita minat dengan apa yang kita kerjakan kita takkan rasa bosan. Lagi satu semangat dan vibes di set yang buat kita looking forward nak ke set. Misalnya, untuk produksi 7 Hari Mencintaiku, kita semua dah rasa bagai satu keluarga, dan menyaipkan sendiri sudah cukup mencabar dengan isu Covid-19 dan sebagainya. Tapi jika orang tanya, saya tak tipu, bila kita buat siri kita memang tak ada masa untuk hal-hal lain.
Apa yang Sally looking forward saban Raya?
Setiap kali tibanya Hari Raya saya rasa akan ada perbezaannya. Raya itu bagi saya ada satu kuasa yang mengeratkan silaturahim khususnya hubungan dengan keluarga. Keluarga adalah orang yang paling rapat, yang memahami, yang memberi unconditional love dan tidak menghakimi siapa diri kita. They are my support system. Keluarga saya juga semakin bertambah, ada anak saudara baru, ada lagi baby yang on the way. Selain masa bersama keluarga semestinya saya teruja nak menikmati semua juadah raya. Raya saya selalunya ringkas.
Orang mengaitkan Raya itu dengan bermaf-maafan, bagi Sally apa itu definisi sebenar kemaafan?
Orang datang dan pergi dalam hidup kita dan senario atau situasi ini jugalah yang membuat saya menjadi lebih kuat. Saya akan sentiasa memaafkan, dan saya bersyukur Islam itu sendiri memang mengajar kita untuk memaafkan orang. Sifat maaf itu memang sudah ada dalam diri saya. Ya, orang selalu mengaitkan raya dengan bermaaf-maafan, tapi secara amnya saya rasa kita perlu ada sifat memaafkan itu pada bila-bila masa sahaja. Bila kita buat silap, kita cakap sorry, sama juga bila orang buat salah dengan kita, kita maafkan. Memaafkan orang itu bagi saya adalah sumber ketenangan. Maaf itu bagi saya satu perkataan yang ada magisnya. Apa yang penting bila kita memaafkan orang atau memohon maaf biarlah datang dari hati yang ikhlas, ia bukan sekadar kata-kata.
Bagaimana untuk memaafkan dan melupakan?
Jangan ego! Sama ada dalam persahabatan atau perhubungan, jika seseorang itu penting dalam hidup kita, kita buat salah dengan mereka atau mereka buat salah dengan kita, kita bermaafan. Tapi forgive and forget itu bergantung pada situasi kerana dari kesilapan itu ada pengajaran yang kita belajar. Yang remeh temeh kita lupakan, tapi jika apa yang berlaku itu meninggalkan kesan dalam hidup, yang shape kita menjadi siapa kita hari ini, pastinya sukar untuk dilupakan. Kita maafkan sepenuh hati tapi kita tak lupa sebab ada pengajaran sebaliknya. Apa yang Tuhan ambil selalunya Tuhan akan gantikan dengan yang lebih baik, saya selalu percaya hal ini.
Orang selalu kata ‘don’t regret the thing that we’ve done‘, tapi salahkah jika kita ada rasa sesal?
Saya fikir tak salah untuk ada rasa menyesal, setiap yang berlaku ada sebabnya. Saya percaya Allah ada perancangan yang bagus untuk kita, Dia itu perancang terbaik. Tapi dalam masa yang sama kita kenalah berbuat baik, bila kita buat baik, baiklah yang kita dapat. Semestinya saya pun ada benda-benda salah yang saya buat dan saya menyesal, kita manusia yang lemah. Jika ada kekesalan tak mengapa, kerana ia membentuk siapa diri kita. Pokoknya usah ulang kesilapan yang sama. Dalam hidup kita bertemu bermacam-macam jenis orang, dan setiap orang itu ada pengajaran yang kita belajar.
Bagaimana Sally mendefinisi rasa gembira?
Bagi saya apa yang penting setiap hari adalah untuk kita menggembirakan diri kita sendiri. Jangan tunggu sesuatu berlaku untuk gembirakan diri, dan itu yang saya mahukan. Samalah dengan hal perkahwinan, saya hanya mahu gembira. Kita usah tunggu orang lain untuk buat kita gembira, kita yang kena bahagiakan diri kita sendiri. Kita bertemu macam-macam orang, dari situ kita grow, dan kita belajar. Kita kena pandai-pandailah, jangan mudah percaya orang. I make myself happy first itulah yang perkara pertama yang saya nak. Saya mahu gembira dengan kehidupan, dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya bersyukur dengan orang yang betul-betul menjaga diri saya. Everyday make yourself happy.
Kita sudah memasuki fasa endemik, apa yang Sally pelajari dari pandemik?
Saya sebenarnya penyabar orangnya, dan pandemik buat saya berkembang menjadi lebih kuat. Pandemik membuat kita tahu siapa orang yang betul-betul be there for us, pandemik beri ruang banyak self-reflection, bila berjumpa kawan-kawan pun topik itu jadi bualan, banyak ke arah deeper meaning of life, self reflection. Pandemik juga buat hubungan saya dengan Pencipta lebih dekat lebih-lebih lagi ramadan tahun lalu, ia bagai memberi petanda-petanda untuk saya mencari diri. Dalam Islam jika kita diuji itu adalah peringatan untuk kita merapatkan diri dengan Tuhan. Jika kita diuji tapi kita tidak mendekatkan diri dengann-Nya itus satu cabaran. I ada breaking point menangis setiap hari dan membuat saya sedar I don’t derserve this everyday. I got covid dan itu buat saya sedar saya tak boleh hidup dalam ketakutan. Dalam masa yang sama kita kena jaga orang sekeliling kita.
Okey akhir sekali, apa misi Salley dalam kehidupan?
Saya hanya mahu gembira. Saya mahu hidup yang ringkas. Walaupun saya dikenali, tapi saya mahu keringkasan dalam semua aspek kehidupan. Saya tak boleh lari dari kata-kata atau pendapat orang lain tapi saya tak mahu hidup hanya untuk memenuhi expectation orang lain. Saya hanya mahu menjadi orang yang lebih baik, dan melakukan hal yang baik-baik. Jika dari segi kerja, saya mahu terus berlakon kerana inilah cinta dan passion saya.
Baca: “My Life Goals, Saya Hanya Mahu Gembira,”- Amelia Henderson