Selepas lapan bulan menjalin pertunangan, Britney Spears dan Sam Asghari bakal mengikat tali perkahwinan sedikit masa lagi.
Pasangan itu yang mengesahkan berita kehamilan Britney baru-baru ini dilaporkan telah bersedia untuk bergelar suami isteri malah telah menetapkan tarikh perkahwinan.
Sam Asghari mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram Story dengan memuat naik satu foto dirinya bersama Britney dan mendedahkan telah mencapai kata sepakat mengenai hari bahagia mereka.