Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup mencipta gaya solekan garisan grafik bagi pertunjukan fesyen Dior di Seoul.
Minggu lalu berlangsungnya persembahan Dior bagi himpunan musim luruh 2022 di bumi Seoul, Korea Selatan. Pertunjukan ini turut dihadiri ramai selebriti terkenal Korea seperti Sehun, Nam Joo Hyuk, Jay Park, Jung Hae In, Hwang In Youp, dan Ahn Hyo Seop.
Istimewa buat pembaca EH!, Dior berkongsi beberapa foto yang menunjukkan langkah bagaimana untuk mendapatkan solekan sempurna seperti model-model yang melewati pentas peragaan ini.
ASAS SOLEKAN
Peter memulakan solekan dengan menyediakan lembapan pada kulit dan dia memilih rangkaian Capture Totale termasuklah meratakan serum mata.
Untuk asas solekan, Peter memilih bedak asas ikonik Dior Forever Foundation, namun dia terlebih dahulu meratakan Dior Forever Skin Veil SPF 20 yang mana ia bertindak bagaikan primer yang memudarkan cela kulit. Peter turut menyempurnakan asas solekan dengan menyapu Dior Forever Skin Correct, penyamar noda yang membuat kanvas wajah lebih sempurna. Untuk mengunci solekan, Dior Forever Perfect Fix disemburkan pada wajah.
SOLEKAN MATA
Garisan grafik yang dicipta Peter memang menjadi statement dalam solekan ini dan riasan mata ini direalisasikan dengan dua produk iaitu Diorshow 24H Stylo 091 Matte Black dan juga pembayang mata Mono Couleur Couture 098 Black Bow.
Melengkapkan solekan mata, bulu mata disapu berlapis-lapis dengan Diorshow Iconic Overcurl 090 Black, maskara paling digemari di Dior. Kening pula dirapikan dengan Diorshow Kabuki Brow Styler.
BIBIR!
Mengakhiri langkah merias, Peter memilih untuk mencalit gincu Dior Addict 100 Nude Look, satu pilihan warna yang cukup semula jadi, memngimbangi solekan statement pada mata yang tampil edgy.
BACA: 5 Item Mesti Isi Dalam Tas Tangan Kala Ke Rumah Terbuka