Penglibatan Amber Heard dalam filem sekuel Aquaman menjadi tanda tanya di kalangan peminat sejak beberapa minggu lalu.
Kini pengarah DC Films di Warner Bros., Walter Hamada tampil mendedahkan kebenaran sewaktu memberi keterangan di mahkamah dalam kes saman fitnah antara Amber dan bekas suaminya, Johnny Depp.
Menurut Walter, Johnny sedikit pun tidak mempengaruhi penglibatan aktres itu dalam Aquaman and the Lost Kingdom, sebaliknya ia berpunca daripada kurangnya keserasian.
Sebelum ini Amber mendakwa dia terpaksa berjuang habis-habisan untuk terus menggalas watak utama kerana pihak produksi tidak mahu dia terlibat dalam filem itu.