Selepas muncul dalam Nightmare Alley tahun lalu, Bradley Cooper bakal menghiburkan peminat dengan filem biopik terbaharu berjudul Maestro.
Bradley akan melakonkan perjalanan hidup komposer legenda, Leonard Bernstein di samping Carey Mulligan yang menggalas watak sebagai isterinya, Felicia Montealegre Cohn Bernstein – seorang pelakon pentas dan televisyen.
Filem ini mengisahkan kronologi kehidupan Leonard selama 30 tahun yang menjadi terkenal selepas ditugaskan untuk mengendalikan New York Philharmonic pada usia 25 tahun.
Kerjayanya melonjak naik selepas dia menggubah muzik untuk teater muzikal ikonik, West Side Story pada 1957 di samping Stephen Sondheim dan Jerome Robbins.