Garmin memperkenalkan tiga siri model, Garmin Fenix 7, Epix Gen 2 dan Instinct 2 yang memfokuskan teknologi data kesihatan dan stail masa kini.
“Mempraktikkan teknologi terkini dan ketelitian pada reka bentuk yang praktikal”. Inilah yang cuba disampaikan Garmin menerusi jam tangan terbarunya. Garmin kali ini hadir dengan konsep kemaskini data yang canggih dan mampu mengemas kini tahap kesihatan anda dalam cara nan unik. Malah jangka hayat bateri model Garmin terbaru ini mampu mencapai 20 hari dan keaktifan GPS.
Garmin turut menambah baik sensor penerima isyarat satelit penjejak, yakni menerima isyarat daripada pelbagai gugusan satelit untuk memperolehi koordinat yang lebih tepat.
Instinct 2
Buat mereka yang celik teknologi dan inginkan keseronokan dalam kehidupan harian mereka, jam tangan ini dibina dan dilengkapi dengan kelengkapan aplikasi sukan. Peranti pintar ini tidak lepas dari notifikasi penting dan mampu memahami badan anda dengan lebih baik menerusi teknologi pemantauan kesihatan selama 24 jam sehari.
Pengalaman Instinct 2 solar ditambah baikan dengan jangka hayat bateri tanpa had dalam mod jam pintar dengan pengecasan solar. Reka bentuk peranti menawan ini dibina untuk bertahan lasak melalui kandungan bekas polimer fiber gentian serta, kaca tahan calar Corning Gorilla Glass yang diperkukuh secara kimia.
Garmin Instinct 2 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan dan pengesan yang, mampu menjejaki lokasi anda untuk terus dihantar kepada kenalan anda secara manual. Anda akan terasa lebih yakin untuk melakukan aktiviti luar dengan imbuhan teknologi pengesanan yang memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Jam tangan mewah ini juga tersedia istimewa buat wanita kerana ia mampu menjejaki kitaran haid atau kehamilan anda. Pengguna hanya perlu log simptom terkini dan bakal mendapatkan panduan senaman dan pemakanan yang sesuai.
Layari Garmin untuk pembelian dan maklumat lanjut.