Pasangan Diraja, Putera William Dan Kate Middleton berpindah dari rumah London di Istana Kensington kerana anak-anak mereka. Dilaporkan kediaman baharu terletak kira-kira 30 batu ke barat di Berkshire, daerah yang menempatkan kediaman utama Ratu, Istana Windsor.
Putera William dan Kate Middleton bersedia untuk membuat langkah besar. Langkah itu dilapor, telah mencerminkan perubahan keperluan tiga anak pasangan itu: Putera George, yang berusia 9 tahun pada bulan Julai ini, Puteri Charlotte, 7, dan Putera Louis, 4.