Jason Momoa dan Eiza Gonzalez dikhabarkan tidak lagi bergelar pasangan kekasih.
Menurut portal People, Jason dan Eiza telah membawa haluan masing-masing selepas menjalin hubungan cinta sebulan lalu. “Alasannya, mereka mempunyai personaliti yang amat berbeza,” kata satu sumber terdekat.
Bagaimanapun satu lagi sumber mendedahkan pasangan itu berharap perhubungan mereka masih mampu diselamatkan.
“Mereka amat menyayangi satu sama lain setelah menjalin cinta secara rahsia buat beberapa ketika sebelum perhubungan mereka diketahui umum. Mereka berada di peringkat kehidupan berbeza,” jelasnya.