Aksinya hari ini di mana-mana stesen televisyen. Bersilih ganti watak dalam drama rantaian berbeza menjadikan Nad Zainal sebagai wajah on demand di skrin televisyen hari ini. Lebih sepuluh tahun bergelar dramatis, tahun ini dia siap menyusun rencana lakonannya dengan cabaran baru. Hafizan Mohd menemubual ‘Kirana’, berbicara tentang karier dan parenthood.
Arahan Kreatif/Penata Gaya KHAIRUL ABIDIN, Fotografi EDMUND LEE Pembantu Penyelaras FARAH AIN Teks HAFIZAN MOHD Solekan SHENG SAW Dandanan DAVID SHAW
Eh! Bertemu Nad Zainal bercerita dan mendekati jiwa sertaher current state of mind. Sudah bergelar ibu kepada dua anak ini dengan pengalaman berlakon yang tidak kurang berharganya, Nad berkongsi keterujaan melayari kembara bergelar pelakon di Malaysia.
Cukup popular dengan dua mega drama tahun ini, “Takdir Yang Tertulis” dan “Harith Fayyadh” – Nad Zainal hari inisudah mampu membuat kita banggakan memiliki pelakon yang cukup komited serta berbakat yang harus diraikan.
LEBIH 10 TAHUN BERLAKON, HOW DO YOU SEE YOURSELF NOW SEBAGAI PELAKON DI MALAYSIA?
Daripada awal berlakon apa yang saya harap adalah untuk kekal sustain dalam kerjaya. Andai kata tak ada yang boom sekali pun saya hanya mengharapkan agar dapat terus bekerja sebab ini adalah punca rezeki saya. Jadi untuk kekal sehingga hari ini dengan tawaran berlakon yang bersilih ganti sudah membuat saya sangat bersyukur dan hargai.
ADAKAH APA YANG NAD CAPAI HARI INI APA YANG NAD BAYANGKAN SEBELUM INI?
So far apa yang saya bayangkan dulu kebanyakannya dah dapat. Saya rasa kita kena ada impian, kena ada angan-angan. Benda ni kena cakap dengan diri sendiri hari-hari “aku nak itu aku nak ini” – supaya jadi motivasi sampai kita dapat apa yang kita mahukan. Dan alhamdulillah saya dah dapat berlakon watak yang saya impikan, malah bekerjasama dengan individu yang saya nak sangat digandingkan.
ADA LAGI GANDINGAN IMPIAN YANG BELUM NAD DAPAT?
Saya teringin nak berganding dengan pelakon Indonesia Reza Rahadian dan Ario Bayu. Kalau di Malaysia saya belum pernah berlakon dengan Umie Aida, Adlin Aman Ramli, Bront Palarae dan Amirul Effendi. Teringin sebenarnya mahu berlakon dengan gandingan yang hebat seperti mereka. Selain itu saya berharap satu hari nanti ada rezeki dan peluang untuk berlakon di bawah arahan Dain Said.
NAD PERNAH ADA FASA STRUGGLE?
Nak kata susah sangat tu tak ada sebab macam saya cakap tadi rezeki dalam bidang lakonan selama ini memang tak pernah putus. Akan ada sahaja tawaran yang datang. Kalau bukan drama fokus pada teater ada juga rezeki berlakon filem yang datang in between.
Benda ini yang buat saya sangat bersyukur sebab mungkin bagi pelakon lain untuk dapatkan tawaran berlakon tu benda yang susah. Satu lagi saya sangat bersyukur sebab ada keluarga yang begitu supportive. Kalau ada struggle pun mungkin daripada segi pengurusan masa especially bila dah berkahwin dan ada anak.
ADA EXIT PLAN DALAM BIDANG LAKONAN?
Tak ada tapi saya nak cuba cabang lain dalam produksi mungkin menulis skrip atau mengarah. Sebab kadang-kadang ada masa kita buat benda yang sama bosan juga kan. Jadi kalau ada peluang saya nak belajar selok-belok produksi. Tak kisahlah kalau saya kena bermula sebagai penolong pengarah sekali pun saya sanggup sebelum betul-betul ready untuk menjadi pengarah.
NAD DIKENALI DENGAN WATAK-WATAK SISI GELAP SEORANG WANITA YANG JIWANYA MEMBERONTAK. LAKONAN NAD YANG MEYAKINKAN MEMBUAT KITA SEBAGAI PENONTON NAMPAK IA TERLALU MUDAH UNTUK NAD BAWAKAN. IS IT REALLY NOT A BIG CHALLENGE FOR YOU?
Hahaha.. Kenapa, nampak macam real sangat ke? To be honest susah untuk seorang Nad Zainal membawakan watak lemah lembut sebab saya pernah berlakon dulu dengan Erma Fatima watak wanita Melayu yang sangat sopan santun tapi memang fail! (Disambut tawa besarnya).
So back to the question mungkin kerana karakter saya sendiriyang sangat strong teradaptasi dalam watak yang saya lakonkan. Namun tidaklah sama sangat dengan watak-watak yang ditulis dalam skrip. Cuma melakonkan watak begitu lebih mudah untuk saya kerana personally saya seorang yang sangat firm terutama sekali hal-hal bekerja.
DALAM MENERIMA TAWARAN BERLAKON, NAD SEORANG YANG BERSYARAT ATAU MENERIMA TERBUKA SAHAJA TAWARAN YANG DATANG?
Sekarang saya lebih selektif sebab saya dah tahu apa yang saya nak. Kadang-kadang selektif itu bukan daripada segi watak yang ditawarkan sahaja tetapi saya melihat aspek-aspek lain seperti masa terutamanya. Sejak sudah berumah tangga dan ada anak banyak benda yang kita kena pertimbangkan. Lagi pun saya percaya pelakon bila bekerja sampai lewat malam daripada pagi tak ada apa yang kitab oleh deliver sebab dah terlalu penat. Rehat sangat penting untuk saya recharge dan ready untuk hari peggambaran seterusnya.
BUDAYA KERJA DALAM PRODUKSI SETELAH FASA PANDEMIK ADA YANG BERUBAH ATAU SEMUA MASIH SAMA?
Apa yang saya nampak daripada segi pengurusan masa lebih efisien. Boleh dikatakan hampir tiada lagi budaya kerja sampai 3-4 pagi. Semua akan cuba yang terbaik untuk ikut jadual yang disusun. Tapi selain daripada itu saya rasa prosesnya masih sama macam dulu.
SUDAH BERGELAR YANG TERBAIK DAN POPULAR, APA LAGI YANG NAD NAK CAPAI?
Kalau dah terbaik di negara sendiri mesti kita nak jadi terbaik di luar juga. Selain itu, saya banyak berlakon drama bersiri jadi ada keinginan nak dapat watak-watak penting dalam filem pula selepas ini. Teringin berlakon dalam produksi yang skalanya lebih besar dengan cerita yang lebih menarik dan lain daripada apa yang saya dah buat dalam drama televisyen.
PADA PANDANGAN NAD SENIDIRI, APA YANG MEMBUATKAN NAD SUSTAIN SEHINGGA HARI INI?
Disiplin dan minat. Selain itu, saya selalu memandang kerja lakonan ini sama saja dengan kerja-kerja yang lain. Ada organisasi, maka ada orang-orang yang menggerakkan organisasi itu. Jadi konsepnya, kita senangkan kerja orang maka kerja semua dalam organisasi yang sama pun akan jadi senang.
KEPUASAN SEBAGAI PELAKON ITU NAD DAPAT DARIPADA MANA?
Kalau dapat skrip yang bagus dengan pasangan pelakon yang saling memberi. Dua benda ini akan sangat membantu momentum lakonan di lokasi. Semua akan jadi best kalau kita dah ada chemistry yang baik dengan team juga pelakon. Selain itu of course bila penonton memberi respons baik terhadap lakonan kita.
ADA PROJEK FILEM TAHUN INI?
Kalau semuanya jadi seperti dirancang saya akan masuk set filem “Denu” bulan ini arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. Projek filem ini sangat menarik, membawa kisah propaganda politik UMNO menggunakan seni Mak Yong untuk masuk Kelantan. Saya akan membawakan watak anak kepada Primadona Mak Yong yang dikahwinkan secara paksa dan dari situ ada konflik-konflik yang terjadi.
HARI-HARI NAD JIKA TIDAK LOKASI ITU BAGAIMANA?
Kebanyakan masa di rumah saja dengan anak-anak. Memasak, mengemas. Kalau keluar pun saya suka habiskan masa di spa atau salon macam orang lain juga. Saya selalu anggap kerja belakon ni sama saja dengan pekerjaan lain jadi kalau hari tidak bekerja tu sama saja dengan orang lain – habiskan masa dengan keluarga dan kawan-kawan. But most of the time memang di rumah.
SUDAH BERGELAR IBU KEPADA DUA ANAK, APA TENTANG PARENTING YANG MEMATANGKAN NAD ZAINAL?
Banyak benda yang kita kena belajar untuk tolerate and manage. Masa saya semakin terurus baik sebab saya tahu tanggungjawab sudah bertambah dan kalau saya gagal uruskan masa semua benda akan jadi kelam kabut. Not all about me anymore.