Selepas 27 tahun, susulan Heat bakal menemui penonton sedikit masa lagi.
Penulis dan pengarah, Michael Mann bakal menerbitkan kesinambungan epik jenayah kegemaran ramai dalam bentuk novel yang diberi judul Heat 2. Ura-ura mengatakan ia juga bakal difilemkan.
Heat 2 akan menerokai prekuel dan sekuel filem pertama yang ditayangkan pada 1995, berkisar tentang perjalanan hidup ketua penjenayah Neil McCauley (Robert De Niro) dan detektif berdedikasi, Leftenan Vincent Hanna (Al Pacino).
Apabila diajukan soalan mengenai siapakah yang layak meggalas watak Leftenan Vincent dalam sekuel filem itu, Pacino memberi satu cadangan yang disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada hadirin.