Serum yang terbaik adalah yang membuatkan kita jatuh cinta pada sentuhan pertama – teksturnya yang buat kulit selesa, aroma yang lembut serta penyerapan yang efektif. N°1 De Chanel Sérum Revitalisant Au Camelia Rouge is definitely love at first touch dengan tekstur gel lut sinar lembut yang meresap ke dalam kulit dengan pantas serta meninggalkan kesan menyegarkan. Langkah penting di dalam ritual penjagaan kulit N°1 De Chanel ini diformulakan dengan ekstrak camelia merah, bunga yang mempunyai keupayaan untuk melindungi kesegaran dan tenaga kulit dengan merawat tanda-tanda awal penuaan.
Benar pada namanya, Sérum Revitalisant Au Camelia Rouge atau Red Camellia Revitalizing Serum ini memanfaatkan 76 peratus bahan yang diekstrak daripada bunga camelia untuk menghalang serta memulihkan penampilan lima tanda-tanda penuaan. Dengan penggunaan berterusan, ia membantu mengurangkan kedutan serta penampilan liang pori yang jelas, memperbaiki keanjalan sambil menawarkan keselesaan dan mengembalikan keserian kulit.
Untuk kesan Revitalizing Serum yang optimum, guna setiap pagi serta malam selepas Red Camellia Revitalizing Lotion. Chanel telah membangunkan kaedah urutan seluruh wajah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mencubit serta memulas lembut kulit ke arah luar bermula dari rahang, dan kemudiannya bergerak ke atas dari bibir ke telinga, dari hidung melintang ke tulang pipi. Urutan ini meningkatkan keserian dengan menguatkan tisu dan melancarkan oksigen pada kulit.
Sedikit kisah menarik tentang bunga camelia merah. Kelopaknya dikatakan tidak langsung terkesan dek cuaca sejuk ataupun layu bila terkena air malah mampu kekal hidup Asid protocatechuic yang terdapat dalam kelopak bunga ini mengandungi manfaat antioksida, sifat menenangkan dan kesan regeneratif yang bukan sahaja mampu membalikkan tanda-tanda penuaan, tetapi juga mengurangkan kesan penuaan dalaman dan luaran akibat tekanan, membolehkan anda kelihatan lebih muda lebih lama. Kuntuman bunganya yang mewah dan menawan itu sebenarnya tiada bau dan aroma yang anda hidu sebenarnya diilhamkan oleh Olivier Polge, Chanel master perfumer yang membayangkan aroma bunga itu ketika kembang.