Skechers Malaysia memperkenalkan Foamies, koleksi kasut yang selesa, bergaya dan mesra air untuk meraikan musim panas di kolam renang, pantai dan kapal pelayaran.
Peneraju kasut gaya hidup dan The Comfort Technology Company, Skechers melancarkan koleksi Foamies yang dihasilkan berdasar siri sandal nda slip-on popular dalam menawarkan keselesaan sebenar. Rangkaian yang hadir dalam pelbagai warna ceria ini sesuai untuk meraikan kehadiran musim panas di kolam renang, pantai dan juga kapal pelayaran.
Skechers Foamies menampilkan desain untuk mereka yang mahukan sepasang kasut yang ringan, dan pada masa yang sama masih lagi bergaya untuk dipakai ke mana sahaja sepanjang hari. Sama ada buat lelaki, wanita mahupun kanak-kanak, rangkaian ini menampilkan variasi desain bersama rekaan DNA dan teknologi kasut terkini.
Bukan sahaja pemillihan warna yang mencuri perhatian, koleksi ini cukup mementingkan keselesaan. Ia menampilkan variasi teknologi seperti lapik tapak Arch Fit yang menerima pensijilan podiatrist, serta teknologi tapak luar Comfort Pillar yang akan memberikan langkahan kasual penuh keselesaan seperti di atas ‘foam’.
Bersempena dengan pelancaran ini, Skechers Malaysia turut melancarkan Skechers Foamies on Wheel yang merupakan aktiviti bersama peminat bermula Jun sehingga bulan Julai. Peminat berpelung untuk memenangi pelbagai hadiah dan juga baucar atas talian buat yang menyertai permainan digital yang disediakan. Skechers Foamies on Wheels akan berada di Sunway Lagoon (24-26 Jun 2022) dan sekitar Pulau Pinang bermula 1-3 Julai 2022.
Koleksi Foamies boleh didapati di stor fizikal dan juga stor atas talian bermula Jun 2022.
Foto: Skechers Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 Menu Baharu Mesti Cuba Di Flock, W Kuala Lumpur