Selepas dua tahun, perhubungan antara Kendall Jenner dan pemain bola keranjang profesional, Devin Booker kecundang di tengah jalan.
Kendall dan Devin yang mengumumkan percintaan mereka di Instagram pada Hari Kekasih tahun lalu dilaporkan telah berpisah namun akan kekal menyokong satu sama lain. Menurut portal US Weekly, matlamat hidup yang berbeza menjadi punca perpisahan mereka.
Satu sumber terdekat memaklumkan portal tersebut bahawa Kendall dan Devin berbincang mengenai hala tuju perhubungan mereka secara serius ketika majlis perkahwinan Kourtney Kardashian dan Travis Barker yang berlangsung pada akhir bulan lalu.