Selepas sebulan memenangi saman fitnah menentang Amber Heard, muncul satu berita mengenai perkembangan kerjaya Johnny Depp.
Menurut satu sumber, Johnny akan ditawarkan bayaran sebanyak RM1.3 bilion untuk menghidupkan kembali watak Kapten Jack Sparrow dalam francais Pirates Of The Caribbean selepas disingkirkan pada tahun 2018 disebabkan fitnah bekas isterinya.
Malah Disney dilaporkan telah membuat permohonan maaf kepada aktor berusia 59 tahun itu dan berharap agar dia dapat kembali menjayakan watak ikonik tersebut.