Bintang Mean Girls, Lindsay Lohan meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 2 Julai lalu sebagai isteri.
Lindsay mengumumkan berita perkahwinannya secara bersahaja dengan menggelar tunangnya, Bader Shammas sebagai suami menerusi satu foto romantis yang dimuat naik di Instagram.
“Saya wanita paling bertuah di dunia ini. Kami menemui saya dan tahu bahawa saya ingin mencari kebahagiaan dan rahmat, semuanya dalam masa yang sama.
“Saya terkejut kamu kini adalah suami saya. Kamu adalah kehidupan dan segala-galanya buat saya. Setiap wanita harus merasai perasaan ini setiap hari,” tulisnya di ruangan kapsyen.