Chanel memperkenalkan Rouge Allure L’Extrait, himpunan gincu ikonik Rouge Allure dalam versi isian semula yang lebih fleksibel dan versatil. Daiyan Trisha, Eyka Farhana dan Yaya Zahir antara yang terawal mencubanya!
Tanyalah mana-mana wanita, apakah alat solek mesti ada dalam tas tangan mereka? Percayalah rata-ratanya akan mengatakan gincu. Mengapa gincu jadi pilihan utama? Kerana gincu itu punya kuasa ‘instant style’ yang akan merubah mood wajah. Lain warna, lain impaknya pada mood wajah. Sebab itulah juga, sebatang gincu tidak akan pernah cukup. Wanita akan terus membeli gincu, berbeza ton warna biarpun dalam kelompok warna yang sama, dari ton nude, merah samar, merah terang mahupun ke ton gelap yang lebih berani.
Chanel mahu setiap wanita terus meraikan bibir mereka dengan aneka warna gincu, dan mereka mahu menjadikan rejim merias wajah lebih mudah menerusi koleksi gincu Rouge Allure yang kini hadir dalam versi isian semula (refillable). Rumah fesyen Paris ini memperkenalkan Rouge Allure pada 2006 berinspirasikan kepada pengalaman mengenakan gincu itu sendiri. Chanel mahu setiap yang meluncurkan Rouge Allure pada bibir mereka rasa yakin, berani dan selesa dengannya sepanjang hari. Bagi Chanel, gincu yang sempurna itu adalah gincu yang membuatkan mood kita berada dalam fasa dan rasa yang terbaik, yang menyatukan solekan mahupun pakaian yang digayakan.
EH! bertanyakan kepada tiga selebriti terkenal, Daiyan Trisha, Eyka Farhana dan Yaya Zahir tentang ciri-ciri gincu yang menjadi kegemaran mereka. Menurut Eyka dia menyenangi gincu pusam. “Gincu yang baik adalah gincu yang mampu bertahan lama, yang membuatkan saya berasa seronok mencalitnya,” kata Eyka.
Bagi Daiyan pula ciri-ciri utama yang dicarinya dalam sebatang gincu adalah yang melembapkan bibir dan pastinya dia mahukan gincu yang tahan lama warnanya. Manakala hos dan usahawan, Yaya Zahir pula gincu yang baik seharusnya membuatkan kita berasa sempurna, yang membuat kita mahu menakluki dunia.
ROUGE ALLURE L’EXTRAIT
Selepas 16 tahun diperkenalkan, Chanel menaik taraf Rouge Allure ke satu fasa lagi apabila kini ia hadir dengan versi isian semula, yang mana ia tampil dalam bentuk yang lebih runcing, menjentik imej sofistikated pada sebatang gincu. Kini anda boleh bertukar-tukar warna dalam sehari hanya dengan membeli edisi isian semula ini.

Hadir dalam 20 pilihan warna, tekstur Rouge Allure L’Extrait sangat berpigmen, kemasan satinnya membuat bibir kelihatan lembap dan sihat sepanjang hari. Rouge Allure L’Extrait mengandungi lilin tumbuhan dan minyak yang diekstrak dari bunga-bungaan, dan disinilah terletak rahsia sebatang gincu yang selesa dipakai sepanjang hari. Menurut kajian Chanel sendiri ke atas 22 orang wanita yang mencuba gincu ini, mereka berasa bibir lembap selama 12 jam, dan rata-ratanya berasakan selesa memakainya biarpun pada aplikasi pertama.
Rouge Allure E’xtrait sudah berada di butik kecantikan Chanel seluruh negara dan juga boleh dibeli secara dalam talian di SINI!
BACA: Serum Anti-Penuaan Terbaik, N°1 De Chanel Red Camellia Revitalizing Serum