Cameron Diaz berundur dari industri hiburan Hollywood selepas membintangi filem terakhirnya, Annie sebagai Miss Hannigan pada 2014.
Dalam satu temu bual bersama EW empat tahun kemudian, Cameron secara kasual memberitahu pelakon gandingannya dalam filem The Sweetest Thing bahawa dia sebenarnya telah bersara.
Pada 2010, bintang Charlie’s Angels itu menegaskan keputusannya berundur dari dunia lakonan kepada Gwyneth Paltrow, mengatakan dia telah bosan diperbudak-budakkan oleh industri dan menyedari dia perlu belajar berdikari. Jelasnya, tindakan itu memberi ketenangan pada jiwanya.