Jenama penggayaan rambut Got2b rancak meraikan individualiti, kerana bagi mereka kita seharusnya meraikan diri, yakin dengan pilihan sendiri.
Era ini rata-ratanya mahu tampil berbeza, generasi hari ini mahu dilihat berlainan dari orang lain. Individualiti adalah objektifnya kerana tiada siapa yang mahu dilihat sama. Hal ini merangkumi plebagai aspek, baik fesyen, stail mahupun gaya hidup. Berlandaskan pada idea dan objektif ini jugalah Got2b, jenama penggayaan rambut terkenal menghasilkan rangkaian produk mereka.
Jenama yang diasaskan oleh gergasi jenama penjagaan rambut dunia, Schwarzkopf ini mahu setiap yang menggunakan produk mereka meraikan diri, yakin dengan diri biar dilihat berbeza.
Menyambut kedatangan jenama enggayaan rambut tersohor ini, EH! mengundang tiga wajah generasi baru yang punya latar berbeza, punya penampilan yang juga unik dan yang pasti setiap gadis yang kami tampilkan ini punya keyakinan dalam merealisasikan impian mereka.
Athina Kamarudin, penari yang juga influencer kecantikan ini punya personaliti yang strong namun menyenangkan. Melihatkan gerak tarinya kita faham yang dia sangat selesa dan yakin setiap inci lekuk tubuhnya. Bila ditanya tentang keunikan dirinya, Athina membalas, “rambut saya yang panjang dan hitam berkilat adalah keunikan dan juga menjadi identiti diri saya.”
“Rambut saya yang ‘kembang’ adalah keunikan saya, dari jauh orang sudah tahu itu saya,” kata Vanessa tentang keunikan dirinya. Ya, rambut keriting kembang milik penyanyi bersuara hebat ini adalah tarikan, satu statement yang membuat dirinya outstanding. Suara tersendiri juga rambutnya itu bagaikan kombo yang membuatkan dia berbeza dengan penyanyi sedia ada.
Yazmin Aziz, namanya semakin dikenali sejak menyertai Big Stage musim ketiga. Berjaya melangkah ke peringkat akhir, saban minggu dia tampil dengan pesona berbeza di program yang ditayangkan di Astro itu. Menurut Yazmin dia seorang yang spontaneous dan sering sahaja punya idea ‘gila’. Baginya itu adalah salah satu yang membuatkan hidupnya lebih fun.
GET THE LOOK
Sewaktu penggambaran tempoh hari, pendandan rambut terkenal, Ckay Liow menggunakan tiga produk utama dari rangkaian Got2b. Salah satu produk yang menjadi pilihannya ialah Got2b Glued – Blasting Freezing Spray. Dia menggunakan semburan rambut yang mampu bertahan lama (sampailah anda bersyampu) kepada ketiga-tiga gadis suntingan EH! ini. Caranya mudah, hanya semburkan pada rambut yang sudah siap didandan, dan stail rambut rambut akan tahan lebih lama.
Untuk memperkemas gaya ponytail yang digayakan Athina, Ckay turut menggunakan Got2b Ultra Glued – Indestructible Styling Gel. Gel ini mengekalkan gaya rambut tanpa meninggalkan kesan keras kejung pada rambut dan ini kerana ia disempurnakan dengan bahan berteknologi Alpha XTR. Ckay menggunakan gel ini untuk membentuk dan memperkemas anak rambut.
Apa rahsia rambut Vanessa kembang kemas sewaktu penggambaran ini? Selain digulung rapi, Ckay turut menggunakan Got2b Volumaniac – Bodyfying Mousse untuk mendapatkan efek rambut yang volum. Ia sesuai jika anda mahukan stail rambut yang dramatik.
Yazmin Aziz ditampilkan dalam gaya rambut penuh volum bagaikan supermodel di era 90-an. Gaya dandanan model era itu seperti Cindy Crawford dan Claudia Schiffer menjadi rujukan dan sesuai sekali dengan gaya potongan rambut Yazmin. Rambutnya dikeringkan dan disemburkan dengan Got2b Glued – Blasting Freezing Spray, digulung bahagian demi bahagian. Kemudian rambut dibiarkan seketika, dan rambut kembali disembur dengan semburan yang sama selepas gulungan dibuka. Untuk gaya lebih natural, tundukkan kepala dan lalukan jemari untuk memecahkan kesan rambut berombak.
Rangkaian produk dandanan Got2b boleh didapati di stor Watsons atau juga boleh dibeli secara dalam talian di pautan INI!