Kumpulan wanita Korea, Blackpink mengesahkan bakal kembali ke Malaysia buat kali ke-2 selepas tahun 2019.
Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa akan membuat persembahan hits mereka selepas pengumuman comeback bulan lalu. Kumpulan K-Pop tersohor dunia ini mengejutkan peminat dengan pengumuman sebuah konsert di Malaysia pada Mac 2023.
Laporan itu disahkan oleh portal hiburan TwentyTwo13, dimana konsert kumpulan muzik berpengaruh dari Korea Selatan itu bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mac 2023, sekali gus menjadi konsert kedua mereka di negara ini.
“Gig” di Malaysia ini adalah sebahagian daripada jelajah dunia terbesar dalam sejarah kumpulan gadis K-pop Blackpink. Blackpink juga dijadual bakal mengeluarkan album baharu bulan depan dan akan mengumumkan tarikh jelajah dunianya tidak lama lagi.
Kumpulan itu sebelum ini pernah membuat persembahan di negara ini buat pertama kali pada 2019. Konsert itu diadakan selama dua hari (23 Feb dan 24 Feb) di Stadium Malawati di Shah Alam.
Antara bintang yang akan membuat persembahan konsert di Malaysia ialah penyanyi pemenang anugerah Grammy, Billie Eilish (18 Ogos), Keshi (3 Dis) dan Jay Chou (15 Jan 2023).
Berikut adalah senarai konsert artis luar negara yang bakal gegarkan Kuala Lumpur:
2022
Ogos 18: Billie Eilish
Oktober 15: Boys Like Girls
Oktober 27: Calum Scott
November 3: Russ
November 6: Lany
November 25: Boy Pablo
Disember 3: Keshi
2023
Januari 15: Jay Chou
Mac 4: Blackpink
Artikel berkaitan: BLACKPINK Bakal Comeback Ogos Ini!