Putera Harry dedahkan bagaimana dirinya mengetahui Meghan Markle adalah ‘Teman Jiwa’nya dalam Ucapan PBB.
Putera Harry amat disenangi oleh rakyatnya. Seorang yang berjiwa rakyat serta sisi romantiknya terhadap pasangan juga membuatkan rakyat senang akannya. Kebahagiaan yang dikecapi kini membuatkan rakyat ingin tahu tentang hubungannya dengan Meghan Markel sementelah dia hanya rakyat biasa yang berjaya mencuri hati si Putera.
Pada Isnin lalu, semuanya terbongkar apabila Putera Harry berucap romantik kepada isterinya itu. Pasangan itu muncul di New York City, di mana Harry berucap pada perhimpunan sempena Hari Nelson Mandela. Semasa ucapan itu berlangsung, Putera Harry bercakap tentang minatnya akan Afrika sejak lawatan pertamanya pada usia 13 tahun. Menambah lagi, lawatan itu menghubungkannya dengan dua wanita penting dalam hidupnya, isterinya, Meghan, dan ibunya, Puteri Diana.
“Sepanjang hidup saya, ia telah menjadi talian hayat saya, tempat di mana saya menemui kedamaian dan penyembuhan yang berkali-kali,” kata Putera Harry tentang Afrika. “Di situlah saya berasa paling dekat dengan ibu saya dan mencari ketenangan selepas dia meninggal dunia, dan di mana saya tahu saya telah menemui pasangan jiwa dalam isteri saya.”
Meghan, 40, dan Putera Harry, 37, telah pergi ke Afrika bersama beberapa kali, termasuk lawatan ke Botswana pada awal hubungan mereka pada tahun 2016.
“Saya berjaya memujuknya untuk datang dan menyertai saya di Botswana. Kami berkhemah sebelah satu sama lain di bawah bintang-bintang. Dia datang dan menyertai saya selama lima hari dimana ia benar-benar istimewa,” kata Harry. “Jadi kami berdua sendirian, penting bagi saya untuk memastikan kami mempunyai peluang untuk mengenali satu sama lain.”
Harry memastikan Meghan sentiasa mengingati tempat istimewa itu dengan memilih berlian dari Botswana sebagai hadiah cincin pertunangannya. Batu itu diapit oleh dua berlian yang lebih kecil daripada koleksi peribadi Puteri Diana.
Harry, yang menggelar Afrika sebagai “rumah kedua”nya, telah membuat lawatan awam dan persendirian ke negara itu sepanjang tahun. Dia membantu dalam kerja pemuliharaan, terutamanya dengan badak sumbu dan gajah, selain mengenali penduduknya dan perjuangan mereka.
Dalam ucapannya, Putera Harry turut mengimbas kembali foto Puteri Diana dan Mandela yang diambil pada 1997 bertulis”on my wall and in my heart every day“” yang diberikan kepadanya oleh Uskup Agung Desmond Tutu.
“Apabila saya melihat foto itu, terpancar kegembiraan di wajah ibu saya. Kegembiraan dan kelucuan,” kata Harry. “Kegembiraan murni dalam perhubungan dengan jiwa lain dan begitu komited untuk berkhidmat kepada manusia.”
Artikel berkaitan: Jennifer Lopez & Ben Affleck Akhirnya Berkahwin Di Vegas