Longchamp mengguna pakai lebihan kanvasnya sehabis baik untuk memelihara kelestarian alam, maka lahirlah edisi baharu koleksi beg ikoniknya, Le Pliage® Re-Play.
Berdasarkan idea kelestarian alam maka terhasillah lagi satu ‘ahli keluarga’ baharu Longchamp Le Pliage, yakni Le Pliage® Re-Play. Apa kaitannya beg baharu ini dengan hal sustainablity? Ini kerana beg-beg ini dihasilkan menggunakan lebihan kanvas yang digunakan untuk beg Le Pliage yang lain. Longchamp mahu memaksimumkan penggunaan kanvasnya dan meminimumkan sisa buangan dalam produksi mereka.
Le Pliage® Re-Play hadir penuh warna, dan dibarisi tiga rekaan yang cukup praktikal untuk gaya harian yang mana ada tiga rekaan iaitu beg tote, beg bahu dan juga belt bag. Setiap satu rekaan ini disempurnakan dengan kombinasi tiga warna yakni dua warna untuk pilihan kanvas dan juga satu warna berbeza buat kemasan dan pemegang beg. Ia diilhamkan dengan sembilan kombinasi warna. Melihatkan gabungan warnanya, Le Pliage® Re-Play menyuntik mood yang penuh ceria, sesuai benar dengan namanya.
Kuantiti beg ini dijual agak terhad kerana penghasilannya berpandukan lebihan kanvas yang ada, jadi Longchamp tidak akan menghasilkannya lagi jika saki-baki material yakni kanvas dan bahan kulitnya tidak mencukupi. Jadi cepat-cepatlah dapatkan koleksi ini, biar sukar untuk memilih satu yang berkenan (kerana cantik-cantik kesemua kombinasi ronanya), milikilah satu, paling tidak sebagai pelengkap koleksi Le Pliage® anda.
“Made from our end of the roll fabric. It is not a bag. It is Le Pliage® Re-Play,” menjadi tagline bagi kempen terbaru ini, dan sudah pun dilancarkan di seluruh dunia pada 19 Julai. Le Pliage® Re-Play kini boleh didapati di butik Longchamp di The Gardens Mall, Pavilion KL dan Suria KLCC. Boleh juga milikinya menerusi laman longhcamp.com
BACA: Tujuh Penampilan Anggun Kate Middleton Di Platinum Jubilee