Nama Shakira kerap menjadi tajuk berita kebelakangan ini setelah sekian lama tidak terpalit dengan kontroversi.
Awal bulan lalu kisah percintaan Shakira hangat diperkatakan di media sosial apabila perhubungannya selama 12 tahun dengan teman lelaki, Gerard Pique menemui titik noktah.
Walau tidak mendedahkan punca perpisahan, tular spekulasi yang mengatakan bahawa pemain pertahanan Barcelona itu berlaku curang dengan ibu rakan sepasukannya, Pablo Gavi.
Kini Shakira sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila dilaporkan gagal membayar cukai berjumlah RM65.5 juta dari tahun 2012 hingga 2014 kepada kerajaan Sepanyol.