Sebelum ini desas-desus mengenai rumah tangga Mizz Nina dan Noh Salleh diperkatakan sedang dalam fasa penceraian, tetapi berita itu dinafikan oleh Noh.
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam. Menurut sumber Harian Metro, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 terlebih dulu telah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.
Sebelum ini, Noh telah mengeluarkan kenyataan tentang ‘berita mengejut’ berkenaan rumah tangganya sedang dalam fasa penceraian. Noh berkata, “Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipuโฆgood luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.
Noh yang mengetahui berita tersebut melalui pengurusnya, tidak mengulas lanjut dan menafikan berita tersebut. Selepas beberapa hari Noh mengeluarkan kenyataan itu, pasangan, Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah memuat naik hantaran foto di Instagram.
Foto yang dimuat naik itu seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hari ini, melalui pengkongsian foto Instagram akaun rasmi, Mizz Nina, dia telah mengesahkan bahawa dia dan Noh tidak lagi bersama. Selepas keduanya berfikir dengan pertimbangan yang teliti, mereka berdua telah bersetuju untuk berpisah secara baik.
Mizz Nina meminta diberikan privasi keluarga dan memohon orang ramai mendoakan yang baik untuk mereka. Lanjut mengakhiri, Mizz Nina memberi amaran agar orang rama tidak membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu untuk mengelakkan fitnah. “Doa dan doa anda adalah yang kami perlukan,” Mizz Nina.
Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Artikel berkaitan: Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Dedah Kebenaran