Demi Lovato akhirnya menjalani hubungan rasmi yang sihat bersama teman lelaki baharunya iaitu seorang pemuzik.
Demi Lovato memberitahu bahawa dia mempunyai teman lelaki yang juga dari industri musik. “Ia sangat mengembirakan dan hubungan yang sihat.” Tambahnya lagi, “Dia lelaki yang sangat hebat”. Walaupun ia berita yang baik, Demi tidak mahu memberitahu identiti teman lelakinya selain daripada “pemuzik”. Ini adalah hubungan serius yang pertama semenjak Demi putus tunang dengan Max Ehrich hampir dua tahun yang lalu.
Foto: Angelo Kritikos
Pada Mac 2020, Demi menjalinkan hubungan bersama Max Ehrich dan bertunang setelah 4 bulan bersama. Akan tetapi pada bulan September, mereka berpisah setelah menemui Ehrich ingin bersamanya hanya untuk meraih publisiti. Selepas memutuskan hubungan, Demi menceritakan bahawa ia adalah perkara yang terbaik terjadi kepadanya.