Kumpulan K-Pop tersohor, Blackpink meletakkan noktah pada penantian Blinks dengan berkongsi beberapa khabar gembira.
Sempena ulang tahun keenam Blackpink, kumpulan itu bakal melancarkan album studio baharu berjudul Born Pink yang telah lama dinantikan peminat pada 16 September ini. Single baharu mereka, Pink Venom pula akan dikeluarkan pada 19 Ogos.
Menurut Soompi, pengumuman rasmi mengenai album tersebut telah dibuat semalam menerusi satu teaser poster untuk mencetuskan rasa teruja di kalangan peminat.