Penyanyi ‘Kalis Rindu’, Elyana menjadi perbualan hangat selepas membuat keputusan untuk tidak berhijab sekali gus mencetus tanda tanya di kalangan peminatnya.
Baru-baru ini, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35 memuat naik sekeping gambar di media sosial Instagramnya di mana dia tidak lagi bertudung dan memakai baju yang bertulis ‘jadi diriku’. Dia tidak menulis apa-apa kapsyen dan juga menutup ruangan komen.
Tindakan Elyana itu menjadi buah mulut orang lalu mencetus pelbagai spekulasi dan menimbulkan persoalan di kalangan netizen. Ramai mengecamnya seolah-olah dia tidak bersyukur atas peluang kedua yang diberi selepas bebas dari bahaya kanser limfoma. Akibat serangan dari warganet yang dikatakan tiada adab, Elyana memuat naik story di Instagram “Apa nak jadi la dengan adab Melayu sekarang ni eh? Nak tegur orang ke arah kebaikan, end up kau yang buat keburukan.” Elyana juga tertekan dengan segelintir individu yang sering mempersoalkan caranya dalam menutup aurat. “Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul betul give up.“.