Penyanyi terkenal, Taylor Swift disaman diatas tuduhan memplagiat karya oleh seorang penulis berhubung album ‘Lover‘ 2019 miliknya.
Penulis Teresa La Dart memfailkan aduan terhadap Taylor Swift, 32 di mahkamah persekutuan Tennessee pada 23 Ogos. Teresa telah menyaman satu juta dolar dengan mendakwa penyanyi itu memplagiat buku puisi ‘Lover’ terbitannya sendiri pada 2010 untuk buku ‘Lover’ yang disertakan dengan keluaran CD edisi khas album Taylor pada tahun 2019.
Menurut dokumen mahkamah, Teresa menuduh Taylor meniru puisi, cerita dan gambar dalam bukunya, yang dijual di Amerika Syarikat sahaja sebanyak 2.9 juta salinan. Aduan itu seterusnya mendakwa bahawa bukan sahaja kedua-dua karya berkongsi tajuk yang sama tetapi setiap satu adalah kenangan tahun-tahun lalu yang diingati dalam gabungan komponen bertulis dan bergambar.