Kebersihan mulut bukan setakat memberus gigi dua kali sehari sahaja, tambah rutin flossing ke dalam rutin pembersihan mulut. Zenyum telah melancarkan dua produk penjagaan mulut iaitu berus gigi ZenyumSonic Go dan Waterflosser Pro.
Kini, setiap pada kita semakin sedar tentang kepentingan menjaga diri sendiri. Ada juga trend yang semakin mendapat perhatian di kalangan individu yang mana memberi lebih tumpuan kepada kesejahteraan siri. Oleh yang demikian, tidak hairan pada tahun 2021, 40% rakyat Malaysia mula bersenam lebih kerap dan 65% membuat perubahan yang lebih sihat pada diet mereka.
Namun, semasa kita beralih ke arah mengutamakan kesejahteraan, kita kehilangan bahagian paling penting iaitu menjaga kesihatan mulut. Anehnya, rata-rata rakyat Malaysia memberus gigi kurang satu minit sehari. Ia punca kebimbangan kerana pakar pergigian mengesyorkan memberus gigi selama dua minit, dua kali sehari.
Sebagai satu langkah penting dalam rutin pergigian, flossing juga sering diabaikan kerana kajian mendapati 8.4% rakyat Malaysia yang memasukkan flos ke dalam rutin pergigian mereka. Ini bermakna selain daripada plak yang terkumpul pada gigi atau pembersihan tidak bersih, plak akan perlahan-lahan terbentuk di antara gigi, di kawasan yang tidak boleh dicapai oleh berus gigi anda.
Kesihatan mulut yang buruk boleh memberi kesan kesihatan yang lebih besar daripada yang kita fikirkan! Selain daripada isu kesihatan mulut seperti kerosakan gigi dan penyakit gusi, ia juga boleh menyebabkan komplikasi berkaitan jantung dan kemungkinan pautan kepada demensia. Menakutkan!