Hai pencinta warna rambut! Revlon kini melancarkan dua ton warna baharu Colorsilk Urban Style iaitu Rose Sorbet dan Truffle Choco Ash, kini lebih mudah untuk anda dan BFF ber-DIY salun dirumah sahaja!
Mewarnakan rambut adalah salah satu cara kita mengespresikan diri dalam berfesyen. Rambut itu adalah mahkota, memerlukan penjagaan dan penampilan yang baik untuk melengkapkan gaya harian kita. Namun pemilihan warna yang sesuai dengan warna kulit memberi impak yang berbeza jika pandai memandankannya.
Warna berbeza untuk setiap orang. Adakalanya warna rambut juga memberi kesan mood yang berbeza, bergantung kepada apa yang kita akan lewati dalam masa sehari. Seperti contoh, warna rambut perang memberi ilusi minimalis dan chic kepada si pemakai, manakala warna rambut merah sesuai buat si pemberani fesyen yang inginkan stail lebih eksklusif. Lelaki mahupun wanita masa kini lebih suka mewarnakan dan mendandan rambut di rumah kerana hanya ikut langkah disaran, 1 2 3 sudah siap seperti di salun!
Revlon Colorsilk Urban Style
Revlon terkenal dengan resolusi pewarna rambut salon ke rumah, berjaya menawan dan menembusi impian setiap wanita dan lelaki, menjadi pewarna rambut pilihan no.1 telus halus di Asia. Warnanya yang relevan dan trend dengan gaya terkini, mengorak langkah untuk Revlon memperkenalkan dua pewarna baharu yang tampak chic dan fun untuk dicuba dirumah! Langkahnya mudah, kedua pewarna ini pastinya sesuai untuk semua warna kulit dan gaya dimana jua anda ingin ketengahkan.
#52 Rose Sorbet dan #29 Truffle Choco Ash
Revlon Colorsilk Urban Style, jenama warna rambut nombor satu di Amerika Syarikat kini tampil dengan pewarna fesyen trendy & fun untuk anda yang inginkan gaya baharu! Direka untuk rambut Asia, kedua pewarna rambut salun ini nyata tahan lama dan tiada formula tambahan digunakan dalam titisan adunan untuk menaikkan warna rambut secara optimum dan natural.
Memfokuskan formula bebas ammonia, Revlon menyelitkan bahan premium, Keratin dan Asid Amino Sutera agar rambut akan kelihatan seperti sutera, berkilat dan sihat. #52 Rose Sorbet dan #29 Truffle Choco Ash ini pasti akan memberi gambaran ilusi rambut yang kelihatan seperti semula jadi kerana Revlon Colorsilk Urban Style ini diteknologi bersama Gel Warna 3D, dihasilkan semai sekali dalam bahan pewarna memberikan rasa premium.
Kami mengundang dua pelakon dan juga influencer terkenal, Shazabae dan Melissa Th’ng untuk mengalami sendiri pengalaman mewarna rambut menggunakan Revlon ColorSilk Urban Style. Kami pilihkan Shazabae ton warna #52 Rose Sorbet, warna ini sangat sepadan dengan ton kulit dan raut atau bentuk wajah Shazabae. Sering mendandankan rambut, Shazabae amat mementingkan rupa dan warna rambutnya untuk sentiasa tampil bergaya walaupun dalam kesibukan kerja.
Sering mengayakan rambutnya lurus lepas, kali ini rambut Shazabae disalun ombak dan di volume kan untuk tampak lebih chic dan fun! Akui dirinya seorang yang sukakan cabaran dan gaya unik, Shazabae puas dengan hasilan warna #52 Rose Sorbet, seperti memberi identiti baharu kepada dirinya. Tambah Shazabae lagi, pewarna Revlon ini memberikan rasa lembut dan bersinar walaupun sudah berkali-kali cuci. Puas dengan bahan premium Keratin didalam, rambut Shazabae tampak sihat walaupun dirinya sibuk dengan penggambaraan lakonan.
Melissa, influencer tiktok yang sering mengetengahkan gaya hidup sihat kepada orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba pewarna rambut baharu daripada Revlon Colorsilk Urban Style. Melissa akui mewarnakan rambut adalah salah satu terapi bagi dirinya, ia adalah masa me-time dan kadang kala akan mewarnakan rambut bersama kawannya.
“I absolutely love this hair dye! It doesn’t irritate or itch my scalp and the conditioner that it comes with has the best smell and its very easy to apply, rinse out and leaves my hair feeling like its had a treatment! It covers all my regrowth and gives my hair a total freshen up!”
Mengispirasikan cokelat sebagai makanan kegemaranya, kami memadankan #29 Truffle Choco Ash kepada rambut Melissa. Sudah nyata seorang yang optimis lagi cantik, nyata warna ini amat sepadan dengan personaliti Melissa! Meratakan warna rambut secara keseluruhan, rambut Melissa kini tampak lebih kemas dan lembut. Hasilnya, ton ini menaikkan lagi seri kulitnya, sesekali bila dia menghanyun rambut atau membelai rambutnya dengan jemari runcingnya, akan terlihat jelas helaian rambutnya yang diwarnakan.
Do everything with your BFF! Revlon Colorsilk Urban Style mudah DIY kan di rumah, semua yang anda perlukan ada di dalam kotak! Lihat arahan dan tip dari EH! untuk mengikuti semua arahan keselamatan sebelum anda mula.
Langkah 1 Campurkan :
- Tuangkan pewarna bebas ammonia ke dalam botol pewarna krim. Goncang sehingga adunan sebati sepenuhnya.
Langkah 2 Sapukan :
- Bahagikan rambut kepada 4 bahagian yang sama. Sapukan campuran ke kawasan akar rambut, ingat jangan sapu ke kulit kepala.
Langkah 3 Biarkan :
- Biarkan campuran pada rambut serap selama 25 minit. Untuk rambut uban, biarkan selama 10 minit tambahan.
- Untuk memiliki warna berambut lebih perang, tambahkan 20 minit tambahan pemprosesan.
Langkah 4 Bilas :
- Bilas sedikit air suam pada rambut dan urut perlahan-lahan agar campuran warna sebati dengan rambut. Bilas rambut sepenuhnya.
Langkah 5 Perapi :
- Sapukan perapi Ultra-hydrating Cream selepas warna rambut dan biarkan ia selama 3 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Anda dan BFF sudah siap seperti 1,2 3 mudah!
Dapatkan #52 Rose Sorbet dan #29 Truffle Choco Ash, eksklusif hanya di laman rasmi Watsons dan di kedai Watsons seluruh negara.
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pengering rambut jenama Dyson Supersonic™ berharga lebih RM2,000 dengan setiap penyertaan Revlon Colorsilk Urban Style – Spend and Win bermula daripada 5 September sehingga 5 Oktober 2022!
Artikel berkaitan: