“Saya menggabungkan elemen romantis dan kekerasan dalam satu himpunan, menghidupkan semula nostalgia Amerika yang lazim dilihat di layar perak dan menggabungkannya dengan atmosfera budaya pop hari ini,” Stuart Ververs.
Satu yang saya suka tentang Coach ialah jenama ini sering bergerak mengikut arus semasa. Mereka prihatin dengan trend, corak gaya hidup terkini dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti atau DNA mereka. Dan itulah yang dikekalkan oleh pengarah kreatifnya, Stuart Vevers menerusi koleksi musim luruh 2022.
Pertunjukan musim luruh ini dilangsungkan di Lower East Side New York, kawasan yang cukup masyhur dengan sukan bola keranjang. Coach mahu menghembus udara gaya hidup kejiranan warga Amerika khususnya New Yok menerusi set koleksi ini. Pementasan tambah hidup dengan alunan muzik latar dari era 1970-an dan 90-an.
Dipentaskan pada Februari 2022, koleksi ini mahu menunjukkan pada dunia akan warisan fesyen yang ada pada Coach menerusis atu himpunan buat generasi masa kini. Mengimbas kembali barisan model yang melewati pentas peragaan koleksi ini, koleksi Coach dibarisi dengan outerwear yang tebal-tebal, menggunakan shearling dan material kulit. Helaian kental dingin ini melapisi helaian ilham Ververs yang bersifat lebih lembut dan romantik seperti gaun kait dan juga permainan renda pada gaun mini.
Istimewanya koleksi ini Ververs mahu menghidupkan semula ilham yang pernah direalisasikan oleh Bonnie Cashin iaitu ketua pereka pertama Coach, dan inspirasi ini Ververs terjemahkan pada permainan material shearling dan juga pada rekaan beg tangan silang. Koleksi musim luruh ini juga menyaksikan kolaborasi debut Coach bersama Min&Serf, dan jalinan kerjasama ini ddapat dilihat pada cetakan yang melatari helaian dan aksesori seperti tas tangan dan jaket.
BINTANG MUSIM LURUH, BANDIT SHOULDER BAG
Jika ditanyakan satu aksesori wajib ada musim ini, Bandit SHoulder Bag itulah jawapannya. Tas tangan ini hadir dalam dua versi, buat lelaki dan wanita. Untuk Lelaki saiznya lebih besar, yakni bersegi dan tinggi. Berbanding untuk wanita, saiznya lebih lebar memanjang. Tapi andai ditanyakan kepada saya, kedua-duanya sesuai untuk lelaki atau perempuan.
Bandit Shoulder Bag diperbuat menggunakan kulit berkilat dengan flap-front yang menyuntik imej klasik kepada tas tangan ini. Gancu abjad ‘C’ menjadi perincian penarik tas tangan ini. Menariknya beg tangan ini mempunyai ekmasan besi di dalamnya lantas memastikan bentuk beg ini kekal terbentuk. Letak di bahu atau menyilang badan, terpulang, yang pasti anda akan kelihatan chic dengan padanan beg ini.
Sama seperti pada helaian, tas tangan ini juga hadir dengan edisi terhad bila mana cetakan graffiti ilham Mikhail Sokovikov dan Jason Aaron Wall dari Mint + Serf diabadikan pada tas tangan ini. Kedua-dua artis ini bertemu sewaktu usia mereka masih remaja di Brooklyn. Mereka bermula dengan mereka cetakan grafiti pada kanvas.
Bandit shoulder bag sudah pun menghiasi para di butik Coach dan boleh juga dapatkannya secara dalam talian di SINI!