Shah Rukh Khan merupakan antara pelakon beragama Islam paling popular di India, selain Aamir Khan dan Salman Khan.
Justeru apabila Shah Rukh Khan berkongsi hantaran berunsur menduakan Tuhan, ia serta-merta mencetuskan kemarahan di kalangan peminat seagamanya di India.
Baru-baru ini pelakon berusia 57 tahun itu berkongsi sekeping foto patung berhala sempena mengalukan kedatangan Tuhan Ganesha pada hari perayaan Ganesh Chaturthi.
“Saya dan si bongsu mengalu-alukan kepulangan Ganpatiji ke kediaman kami. Modaks (manisan buat Tuhan Ganesha) juga amat sedap. Pengajarannya di sini, dengan kerja keras, ketabahan dan kepercayaan kepada Tuhan, anda boleh mencapai segala impian. Selamat Hari Ganesh Chaturthi kepada anda semua,” tulisnya di Twitter.