Penyanyi tanah air, Andi Bernadee kembali dengan single baharu dalam genre slow pop ‘Aku Di Sini’ sentuhan komposer antarabangsa.
Andi Bernadee melonjak setapak dalam karier nyanyian apabila merakam lagu ciptaan komposer terkenal Amerika Syarikat menerusi single terbaharunya berjudul ‘Aku Di Sini’.
Single terbaharu Andi, 31 yang pasti menjanjikan kelainan, hasil ciptaan komposer Robert Gerongco, Andrew Peterson Briol, Mas Dewangga, Jova Devito, Mekar dan Andi sendiri, diterbitkan oleh syarikat rakaman ternama negara, Warner Music Malaysia. Komposer antarabangsa itu yang turut menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi Amerika termasuk Bella Poarch.
“Mungkin ini rezeki saya dapat peluang menyanyikan lagu ciptaan komposer terkenal dari Amerika. Pihak Warner Music bertanggungjawab mendapatkan lagu ini dan apabila saya dengar, saya sukakan melodinya.” kongsi Andi.