Sempena menyambut ulang tahun ketujuh, ECCO mengembalikan koleksi popularnya, Soft 7 dengan sentuhan istimewa artis Iceland, Krisjtana Williams dan ikon mainan digemari ramai, BE@RBRICK!
Menyorot kembali ECCO Soft 7 mulai dilancarkan pada tahun 2015 dan ia mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar ECCO lantas menjadikannya antara item idaman ramai. Rekaan kasut yang unik dan selesa itu, dikempenkan dengan tanda pagar #WhenYouKnowYouKnow membuka ruang untuk lebih ramai lagi orang mengenali koleksi ini lantas mencuba sepasang Soft 7. Jika berpandukan rekod, Soft 7 terjual satu setiap 2.5 minit di seluruh dunia.
Menampilkan rekaan yang eksklusif, kulit premium dan dilengkapi dengan teknologi yang memfokuskan keselesaan, ECCO FLUIDFORM™, Soft 7 kali ini menawarkan rekaan yang inovatif, gaya baharu dan reka bentuk yang unik hasil kerjasama artis terkenal yang telah banyak memenangi anugerah dari Iceland, Kristjana Williams.
Terkenal dengan seni yang diilhamkan dari alam semula jadi, Kristjana menggunakan kaedah yang unik dan tersendiri. Rekaan yang diinspirasikan daripada corak botani, digabungkan dengan elemen seisi alam, menjadikan kasut Soft 7 ini sebagai tanda penghargaan kepada seni simetri landskap dan hidupan floral di sekeliling kita. Kristjana memilih konsep “Harvest Table” dan “Winter Garden” sebagai indikasi fesyen bagi koleksi ECCO Soft 7 AW22.
Selain menawarkan reka bentuk yang ditempah khusus, koleksi terbaharu ini turut menawarkan pilihan warna eksklusif buat wanita, ECCO Soft 7 dalam gaya klasik, hitam, putih, metalik dan bercorak yang dihasilkan menggunakan kulit lembut.
Selain itu, buat jejaka, anda boleh memilih ECCO Soft 7 dan ECCO Soft 7 TRED dalam corak Nubuck premium dan kulit penuh yang sesuai disarung dari siang ke malam.
BAWA PULANG MR. 7, EDISI TERHAD KERJASAMA ECCO X BE@BRICK 100%!
Dapatkan edisi terhad BE@BRICK, MR.7 mulai 12 September 2022 ini dengan setiap pembelian sepasang kasut ECCO Soft 7. Rebut peluang ini kerana ia direka khas di Jepun, menampilkan patung ikonik berwarna perak dengan logo ECCO dicetak pada dadanya. Koleksi ECCO Soft 7 boleh didapati mulai 1 September 2022 di semua stor ECCO dan juga secara dalam talian di ECCO Soft 7 dengan harga bermula dari RM769.00.
Artikel berkaitan: Coach Musim Luruh, Hembusan Atmosfera Stail Nostalgia Amerika