Justin Bieber mengumumkan pada hari Selasa kelmarin tentang pembatalan Jelajah Justice World kerana masalah kesihatan Sindrom Ramsay-Hunt yang dialaminya awal tahun ini.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada cerita Instagramnya, Justin Bieber berkata badannya terlampau penat dan sakitnya mulai kembali lagi selepas membuat persembahan terakhir kali di Brazil. Menyedari akan konflikasi badannya itu, Bieber menyampaikan rasa kesal dan mengundurkan diri daripada konsep jelajahnya, “Saya kini sedar bahawa saya perlu mengutamakan kesihatan saya.”
Tambah suami kepada Hailey Bieber itu lagi, dia akan berehat seketika daripada jelajah kerana ingin berehat tetapi tidak jelas berapa lama masa rehat akan berlangsung atau jika rancangan itu dibatalkan untuk selamanya. “Saya akan baik-baik saja, tetapi saya memerlukan masa untuk berehat yang panjang,” kata Bieber.
Sebelum ini kronologi Jelajah Justice World sering melalui fasa menurun dimana ia sepatutnya dilancarkan pada 2021, tetapi ditangguhkan sehingga tahun ini kerana pandemik Covid-19. Pada Februari lalu, Bieber terpaksa menangguhkan persembahan di Las Vegas selepas disahkan positif virus itu.
Pada bulan Jun pula, Bieber mendedahkan dia telah didiagnosis dengan Sindrom Ramsay-Hunt, tindak balas yang jarang berlaku menyebabkan Bieber lumpuh separa pada sebelah mukanya. Namun tidak lama kemudian, Bieber, 28, menyambung semula jelajah konsert nya pada bulan Julai lalu.