Bintang Baywatch, Zac Efron mencetus spekulasi tahun lalu apabila didakwa melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.
Kini selepas lebih setahun, Zac tampil menjelaskan kebenaran di sebalik transformasi wajahnya dalam satu temu bual bersama majalah Men’s Health baru-baru ini.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, ia hakikatnya adalah impak kemalangan setelah dia tergelincir ketika berlari di kediamannya, menyebabkan dagunya terhentak pada air pancut yang diperbuat daripada granit.