Biarpun berstatus tinggi, namun Queen Elizabeth tidak menggunakan produk yang mahal-mahal, malah dia juga tidak suka bertukar produk.
Mangkat pada usia 96 tahun, dunia menyaksikan Queen Elizabeth II menjalani perubahan dari muda hingga ke akhir hayatnya. Berpandukan pada figura penting Britain ini, kita memahami penuaan itu adalah fitrah kehidupan. Yang muda akan tua, kulit yang tegang akan berkedut. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak menjaga diri, ada cara untuk memelihara apa yang dikurniakan. Queen ELizabeth sendiri punya rejim penjagaan diri tersendiri, dan ini yang diamalkannya sampai ke akhir usianya.
Melembapkan Kulit 2 Kali Sehari
Menurut majalah Glamour edisi UK, Queen Elizabeth mengamalkan pemakaian pelembap wajah dua kali sehari, sekali pagi, sekali malam. Dan khabarnya krim pelembap kesukaan baginda ialah dari jenama Elizabeth Arden, iaitu Elizabeth Arden Eight Hour Cream Skin Protectant. Harga krim ini hanyalah 29 Pound (RM150).