Emmy Awards 2022 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran selebriti ternama yang rata-rata hadir dengan gaya yang menyerlah!
Emmy Awards ke-74 yang berlangsung pada 12 September di Teater Microsoft di Los Angeles, California diadakan untuk memberi penghormatan kepada rancangan dan persembahan televisyen terbaik tahun ini. Selain nak tahu siapa pemenang anugerah, gaya selebriti di karpet merah adalah antara ‘isu’ paling menarik bila tiba awards season. EH! bariskan gaya paling menawan di acara Emmy Awards 2022. Look siapa yang paling menarik perhatian kamu?