Seorang model Instagram mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan vokalis Maroon 5, Adam Levine, beberapa bulan sebelum Adam Levine memaklumkannya bahawa Behati Prinsloo sedang hamil anak ketiga.
Sumner Stroh, 23, menggunakan platfom media TikTok pada hari Isnin kelmarin dengan mendedahkan butiran mengenai dakwaan hubungan terlarangnya dengan penyanyi pop rock, Adam Levine yang sudah berkahwin.
Punyai personaliti rambut coklat, kini menetap di Los Angeles selepas belajar di Universiti Texas, Stroh berkongsi tangkapan skrin pertukaran catatan mereka di Instagram, termasuk satu mesej pelik di mana Levine, 43, bertanya sama ada dia boleh menamakan bayi barunya itu dengan namanya.
@sumnerstroh embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen
Tambah Stroh lagi, dirinya sudah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang telah berkahwin dengan supermodel Victoria’s Secret itu ketika umurnya 19 tahun, dimana dia sangat muda dan naif. Terasa dirinya dieksploitasi, Stroh lantas mengeluarkan suara dan haknya kerana dimanipulasi oleh suami Behati, 34, yang kini hamil anak ketiga pasangan itu.
Stroh, yang tidak mendedahkan secara spesifik tentang pertemuan mereka tetapi mengkongsikan satu foto DM Instagram perbualan antara pasangan itu, di mana Levine memuji tinggi Stroh tentang kecantikannya.
Menurut Stroh, yang mempunyai lebih 338,000 pengikut di Instagram, dia dan Levine bertemu antara satu sama lain selama kira-kira setahun lebih, sehingga kedua-duanya terputus hubungan kerana kehamilan isteri. Bagaimanapun, pemuzik berusia 43 tahun itu kemudiannya kembali menghubunginya semula tahun ini untuk berkongsi berita bahawa dia ingin menamakan anak lelakinya dengan nama Sumner.
Stroh tidak memberikan garis masa yang tepat mengenai hubungan sulit itu, bagaimanapun dakwaan itu muncul selepas lima hari Prinsloo berkongsikan berita kehamilannya di posting Instagram. Awal bulan ini, Prinsloo dan Levine dirakamkan sedang makan tengah hari bersama-sama di Santa Barbara.
Pasangan itu kini mempunyai dua anak perempuan Dusty Rose,4, dan Gio Grace,3,dan pengasas produk jenama tequila Calirosa. Sebelum pendedahan Sumner, pasangan itu nampaknya mempunyai salah satu rekod perkahwinan selebiriti yang paling kukuh tetapi kini keretakan muncul akibat kecurangan Levine.
Artikel berkaitan: “Saya Sudah Tidak Mampu Untuk Teruskan” – Demi Lovato