Anugerah Stail EH! berlangsung gemilang dan keserian acara malam itu tambah sempurna dengan kehadiran Laneige.
Laneige, jenama kecantikan dari Korea ini bukanlaha sing dalam ‘liga’ penjagaan kulit. Label ini antara yang sering menjadi pilihan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mencari produk kecantikan yang sesuai dengan kondisi kulit orang Asia.
Antara produk yang menjadi pilihan di Laneige ialah bedak kusyennya, yang mana Laneige sendiri adalah peneraju dalam pembikinan bedak kusyen, mereka sendiri jenama terawal memperkenalkan inovasi kecantikan ini. Sejak Laneige memperkenalkan bedak kusyen, maka bersusun jenama lain yang cuba meniru formula ini.
Laneige juga sangat dikenali dengan rangkaian pelembapnya yang ikonik, Water Bank. Kini rangkaian ini lebih khusus, formulanya dipelbagaikan demi menyuaikannya dengan jenis kulit. Laneige memperkenalkan Water Bank Blue Hyaluronic Cream untuk kulit normal ke kering dan juga kulit jenis kombinasi dan berminyak.
Di malam Stail EH! 2022, dua rangkaian ini menjadi perhatian, dan Laneige membuka ruang eksklusif untuk para tetamu mendekati rangkaian penjagaan kulit ikonik mereka. Lebih istimewa, pada malam tersebut, pemenang kategori Influencer Kecantikan Pilihan yang diraih oleh Sofea Shra juga membawa pulang produk Laneige bernilai RM2,000.