Meraikan keluarga baharu, Gucci membawakan sentuhan pewangi baharu, Gucci Flora Gorgeous Jasmine, haruman klasik yang segar, ringan dan manis penyeri harian anda di mana sahaja.
Haruman Jasmine… Bayangkan sekeliling anda dipenuhi alam sekitar yang hijau, pemandangan yang cantik untuk ditatapi dan angin bauan meniup lalu lalu tersenyum tenang. Itulah bauan Gucci Flora Gorgeous Jasmine, memikat anda serta orang sekeliling dalam satu nafas yang segar dan magikal bunga-bungaan.
Memasuki dimensi baharu, Gucci menampilkan bauan kebebasan flora, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum yang kini merupakan koleksi wangian yang kedua selepas Gucci Flora Gorgeous Gardenia. Dunia wangian yang cukup memikat, Gucci melangsungkan #FloraFantasy bersama selebriti terkenal, penulis lagu dan pelopor gaya klasik, Miley Cyrus. Akui dirinya meminati wangian bunga-bungaan, Gucci Flora Gorgeous Jasmine memudahkan dirinya untuk melangkah ke dunia tanpa batasan.
Tambahnya, haruman ini membuka kembali coretan kenangannya bersama nenek yang menyukai bauan segar bunga-bungaan dan kenangan indah yang mereka lewati dahulu. Reka bentuknya yang menarik perhatian adalah bonus tersendiri, elegan, eye-catching dengan sentuhan baharu pada corak Flora eksklusif sebelum ini oleh artis dan ilustrator, Vittorio Accornero untuk Gucci pada tahun 1966, corak mekar kemudian dikemas kembali dalam bentuk yang lebih elegan mencerminkan sisi Gucci 2022 oleh Pengarah Kreatif Gucci sendiri, Alessandro Michele.
Gucci Flora Gorgeous Jasmine, haruman seri yang lembut hasil pengekstratan Sandalwood dan Benzoin, membawakan wangian yang ghairah dan klasik hingga menghasilkan ekspresi yang elegan dan mewah untuk anda. Untuk meneroka Flora Fantasy secara peribadi, Gucci mengadakan Gucci Walk-in edisi terhad di Midvalley Center Court, Kuala Lumpur mulai hari ini hingga 2 Oktober. Pastikan anda mendaftar di Gucci Midvalley Center Court untuk menebus sampel percuma apabila anda membuat lawatan anda!
Artikel berkaitan: Harry Styles Hadir Dengan Koleksi Fesyen Bersama Gucci