Selepas setahun, Adam Driver kembali menjadi ‘tokoh Itali’ dalam filem terbaharu arahan Michael Mann, Ferrari.
Kali ini Adam menggalas watak sebagai Enzo Ferrari dan penampilan pertamanya sebagai bekas pelumba kereta itu telah pun dikongsikan di media sosial baru-baru ini.
Filem tersebut berlatarkan musim panas tahun 1957 saat pasukan lumba kereta milik Enzo, Scuderia Ferrari menyertai perlumbaan ikonik Mille Miglia sejauh 1,000 batu.
Ketika itu usia Enzo hampir mencecah 60 tahun – itulah sebabnya Adam menggayakan rambut beruban di set penggambaran.