Tawaran demi tawaran datang biarpun permulaannya sedikit goyah, namun kesukaran itu bukan penghalang untuk nama Sharifah Rose terus menguntum harum.
Arahan Kreatif: Khairul Abidin, Gambar: Edmund Lee, One3Four Studio, Solekan: KF Bong, Penata Gaya Hijab: Yaya Ibrahim.
Dalam jangka masa setahun lebih, nama gadis Sharifah Rose ini terus harum berkembang. Wajahnya sering sahaja menghiasi kaca TV, jika tidak drama dia muncul juga dalam rancangan berbentuk majalah. Jika tidak di televisyen, figura ini juga sering dilihat di acara-acara fesyen sekitar kota. Mesra disapa Rose, dia juga diundi oleh pembaca EH! Dan peminatnya untuk meraih trofi Selebriti Harapan Pilihan. Saat ditanya adakah dia menyangka akan kemenangan tersebut, jelas Rose itu semua tak diduga. “Bila melihat calon lain, saya fikir selebriti lelaki akan menang, kerana jika undian ini lelaki selalunya akan menang. Tapi mungkin sudah rezeki dan saya berterima kasih kepada yang memilih,” kongsinya. Ikuti temubual lanjut EH! Bbersama new hijab it girl ini.
Selepas lebih setahun Rose bergelar pelakon, apa yang boleh Rose kongsikan tentang perjalanan selama setahun ini?
Berlakon memang tiada dalam senarai cita-cita Rose. Peluang datang dengan tiba-tiba, dan tak pernah terfikir akan mampu bertahan dalam setahun ini. It was rough pada awalnya bila ramai yang mengkritik, tapi bila orang mengkritik ia juga sebenarnya menjadi pembakar semangat untuk saya buktikan sesuatu. Apa yang boleh Rose simpulkan Rose seronok dan enjoy dengan journey dalam setahun ini. Tawaran yang datang juga membuka ruang untuk rose terus memperbaiki diri.
Menyesal atau tidak?
Tak pernah ada rasa sesal. Seperti Rose cakap, Rose enjoy dengan journey ini.
Apa yang belajar bila menjadi seorang yang dikenali?
Sebenarnya sejak dulu ayah Rose tak setuju Rose jadi ‘influencer’. Tapi dia pesan jika Rose boleh buat sesuatu yang bagus, boleh saja diteruskan. Dia selalu ingatkan Rose, great power comes with great responsibility. Jadi, gunakan ruang dan peluang yang ada untuk berikan sesuatu yang bagus kepada masayarakat. Lagi satu saya juga mula belajar untuk menapis apa yang saya mahu kongsi di media sosial. Kadang-kadang kita rasa benda tu tak ada apa, tapi ia boleh jadi satu isu bagi sesetengah orang sebab tak semua orang kenal siapa kita. Dan kita sendiri tak tahu siapa pengikut kita, cara kita berfikir tak sama.
Kekok atau tidak melihat diri sendiri di kaca TV?
Awal dulu ya, memang kekok, sebolehnya saya tak mahu tengok. Malu! Tapi lama-lama saya sedar itu adalah cara terbaik untuk saya perbaiki lakonan. Orang kata cara paling bagus untuk perbaiki diri adalah dengan melihat kesilapan. Jadi saya akan perhatikan cara saya berlakon, dan saya percaya akan ada sentiasa hal yang perlu diperbaiki.
Dalam kehidupan bagaimana Rose memastikan Rose tidak selalu berada di zon selesa?
Setiap tahun Rose akan set goals, apa yang Rose hendak lakukan atau capai. Rose akan mencari benda-benda baru yang hendak Rose buat. Kita hidup hanya sekali dan gunakan peluang yang ada untuk kita explore potensi diri, banyak benda yang kita perlu discover tentang diri kita sendiri.
Bagaimana Rose boost semangat Rose bila masa-masa down?
Bila ada masalah atau rasa emosional, Rose akan ambil masa untuk duduk sendirian, layan dan faham perasaan pada waktu itu. Rose akan proses emosi. Dan selalunya medium terbaik adalah berkongsi dengan my mom and my dad. Mereka sentiasa ada good things untuk mereka kongsi. Cara ini membuat saya berasa lega. Saya percaya bila kita ada masalah atau ada sesuatu yang menganggu emosi dan perasaan, kita kena luah dan kongsi.
Rose dianggap sebagai bintang baru yang berpotensi untuk digilap sebagai bintang fesyen dan kecantikan berdasarkan kolaborasi dengan jenama-jenama terkenal. Apa pandangan Rose tentang pendapat ini?
Very surreal. Saya tak percaya peluang sebegini akan datang kepada saya. Rose bukanlah datang dari keluarga yang bermewah-mewah, jadi peluang bekerja dengan jenama fesyen dan kecantikan yang besar adalah sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran. Lapan tahun dulu, saya takkan pernah terfikir pun saya akan ada pengalaman sebegini. Saya menghargai bila ada jenama-jenama besar mahu bekerjasama kerana bagi saya itu satu ruang untuk saya explore dan belajar.
Rose suka fesyen? Bagi Rose apa itu fesyen?
Sewaktu saya kecil my mom memang kerap membeli majalah, dan saya akan flip dan baca. Dari situlah minat kepada fesyen bermula. Bagi Rose fesyen itu satu ekspresi diri, bagaimana kita menterjemahkan personaliti diri kita.
Apa yang menjadi rujukan fesyen Rose?
Selain majalah bagi Rose media sosial juga satu rujukan paling mudah. Tapi Rose tidak menetapkan mana-mana selebriti sebagai inspirasi kerana Rose percaya tidak semua gaya yang orang lain pakai sesuai dengan kita. Macam orang lain nampak cantik menggayakan neon, tapi tidak saya.
Awal tahun ini Rose melancarkan jenama tudung sendiri, bagaimana idea ini bermula?
Ia bermula dengan bual-bual kosong with my business partner. Waktu itu saya ada sesi live bersama Shophanya, mereka tanya tak berminat ke nak buat bisnes. Waktu itu saya sendiri tak pasti kerana saya fikir hendak buat bisnes bukan mudah, untuk sustain bukan satu hal yang senang. tahun lalu saya bertemu my business partner sekali lagi dan dia kongsikan beberapa idea dan plan, memandangkan dia ada team yang boleh membantu untuk uruskan. Jadi dari situ kita mula dengan brainstorming, pelan dan sehingga lahirlah jenama tudung ‘Sekuntum’.
Pengenalan jenama tudung ini awalnya sedikit kontroversi, apa yang Rose belajar dari pengalaman ini?
Sebenarnya kita dah cross check banyak sudut tapi memang sudah ditakdirkan hal ini terjadi, saya akur. Ia membuat saya sedar setiap perancangan mestilah dilakukan secara teliti dan menyeluruh. Tapi kadang-kadang apa yang yang berlaku tak seperti yang dirancang. bagi Rose ini satu pengalaman yang memberi pelajaran yang sangat berharga. Lagi satu, ada kalanya orang hanya mahukan sesuatu yang boleh diajdikan cerita. Baru-baru ini HariRose lancarkan kembali koleksi debut kami dan ia habis dijual. Ia secara tak langsung membuat saya sedar, orang hanya mahukan cerita, kadang-kadang mereka tidak lihat pun apa yang kita hendak jual. Dari satu-satu cerita akan ada kontroversi, dari kontroversi akan ada engagement, dari engagement itu mungkin akan ada jualan.
Apa perancangan terbaru Harirose dalam waktu terdekat?
Buat masa ini misi HariRose adalah untuk menguatkan identiti kami, Rose mahu HariRose jadi satu jenama gaya hidup yang bukan sahaja diterima di Malaysia dan kalau boleh di negara-negara luar. Dan diharapkan di masa akan datang Rose dapat bukan stor fizikal memandangkan ketika ini semuanya dijual secara dalam talian.
Sebelum terlupa, saya nampak Rose ada muat naik di IG story mengatakan HariRose akan sentiasa hadir dengan konsep groceries. Mengapa agaknya?
Kebetulan sahaja tapi Rose rasa ia kena dengan apa yang kita nak sampaikan. Groceries tu macam kita hasilkan sesuatu yang baru, yang segar. Kita grow!
Oh tadi Bids tanya fasal HariRose, tapi bagaimana perancangan dan harapan Rose untuk diri sendiri dalam lima tahun mendatang?
Saya mahu HariRose terus berkembang. Lagi lima tahun usia Rose dah masuk 29 tahun jadi harapnya waktu itu sudah ada kediaman sendiri dan mungkin sudah settle down… (ketawa).
Tonton video istimewa ‘Hari-Hari Rose’ featuring Sharifah Rose:
BACA: Gucci Flora Fantasy Penyeri Hari Amelia, Rose & Ally Mukhriz