Selepas lima bulan berpisah dengan Matthew Tyler Vorce, Billie Eilish dikhabarkan telah menemui cinta baharu.
Spekulasi percintaan itu tercetus setelah beberapa peminat melihat kelibat Billie dan vokalis The Neighbourhood, Jesse Rutherfood pada hujung minggu lalu.
Mereka dilihat meluangkan masa bersama pada dua acara berasingan – sewaktu makan malam di sebuah restoran mewah dan di taman tema Universal Studios.
“Billie dan Jesse Rutherford sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran,” tulis Pop Crave sebagai kapsyen pada foto yang dikongsi peminat.