Dari ‘Morbius’ kepada moisturizer! Bintang House Of Gucci, Jared Leto merupakan selebriti terkini yang melancarkan jenama sendiri.
Sebelum ini Jared memaklumkan kepada Vogue bahawa dia tidak pernah berminat dengan produk kecantikan, bagaimanapun dia mengakui suka dengan idea menjaga diri menerusi cara paling semula jadi.
Bintang berusia 50 tahun yang kelihatan awet muda itu bakal melancarkan TwentyNine Palms, rangkaian produk uniseks untuk kulit, rambut dan tubuh pada 25 Oktober ini.
Rangkaian itu boleh dibeli dalam talian juga di empat lokasi runcit di New York, Los Angeles, London dan Paris.