Bintang terkenal Itali, Michele Morrone mengakui dirinya menjadi mangsa perkauman di Korea Selatan.
Michele kini berada di Seoul untuk mempromosikan filem Netflix terbaharunya, 365 Days: This Day dan menetap di salah sebuah hotel paling berprestij, Shilla Hotel.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story buat tatapan 15.6 juta pengikutnya, bintang kelahiran Itali itu berkata dia berdepan rasisme dan menerima layanan buruk daripada pihak hotel.
“Bukan tabiat saya untuk menulis sesuatu seperti ini, tetapi kali ini saya terasa ingin meluahkannya. Jika anda mahu melawat Seoul, JANGAN menginap di Shilla Hotel,” tulisnya.