Sambutan Halloween di Itaewon, Seoul tahun ini bertukar pilu setelah 154 nyawa terkorban akibat terperangkap dalam insiden rempuhan tidak dijangka.
Kebanyakan mangsa tragedi Halloween dilaporkan berusia dalam lingkungan 20-an dan rata-ratanya telah dikenal pasti termasuk selebriti, Lee Ji Han yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 Ogos lalu.
Pemergian Lee Ji Han merupakan satu kehilangan besar kerana mendiang dikatakan amat berbakat besar dan mempunyai masa depan yang cerah dalam industri hiburan Korea Selatan.
EH! kongsikan beberapa fakta mengenai pelakon dan penyanyi ini.