Adakah anda sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membeli sebotol krim muka? Jika benar-benar berkesan dan kena pula dengan isi poket, mengapa tidak kan?
Bila orang tanya saya, sanggup tak berbelanja ribuan ringgit untuk cantikkan kulit? Kalau ditanya pada saya 15 tahun dulu, jawapan saya mungkin ‘tidak’. Tapi hari ini pada usia yang tinggal berbaki dua bulan menuju 40 tahun, jawapan saya semestinya berbeza. Beritahulah saya apa sahaja cara yang ada (dan selamat) untuk memudakan kembali wajah, jika berkemampuan saya tidak teragak-agak mencuba.
Dalam masa yang sama saya juga rasa bertuah kerana bekerja di bidang penerbitan, jadi skop kerja saya membuka peluang untuk saya mencuba pelbagai produk kecantikan tanpa perlu mengeluarkan belanja. Malah ada yang belum ada di pasaran pun saya sudah cuba. Untuk anda yang mahu beli (atau mahu tahu), saya senaraikan antara 10 krim muka berharga lebih seribu ringgit, mana tahu anda boleh cuba nanti.
La Mer Crème de la Mer Moisturizing Cream, RM1,600 (60ml)
Krim pelembap ini antara yang paling popular di kalangan kelompok ‘kayangan’. Diilhamkan oleh Dr. Max Huber pada tahun 1960, ia mengandungi bahan antioksidan daripada teh limau juga bahan dari dasar laut yang mewah dengan vitamin dan mineral. Krim yang sudah mencapai tahap ikonik ini menyelesaikan masalah kulit kering dan memudarkan garis halus dan juga mengurangkan kedutan. Jennifer Lopez antara pengguna setia krim ini dan dia bukan sahaja mengolesnya pada muka malah pada seluruh tubuh.
Dapatkan di sini!