Pesona kontemporari, feminin dan gaya kasual nan praktikal, ELLE Active menemukan stail dengan fungsi gaya hidup pada koleksi musim luruh/dingin 2023 di IOI City Mall, Putrajaya
Dekorasi dalaman yang minimalis dan moden menjadi rupa gaya pilihan ruang bilik pameran ELLE di IOI City Mall, Putrajaya. Konsepnya yang segar dengan simbahan warna kuning air memberikan rasa tenang dan segar saat melangkah ke dalam bilik pameran ELLE ini. Mengutamakan intipati fesyen aktif yang bergaya dan praktikal, ELLE memberi nafas baharu kepada koleksi ELLE Active Fall/Winter 2023 dengan ilham “Find Your Passion“.
Padanan yang sesuai buat peminat sukan, ELLE Active dimoderasikan dalam kualiti potongan moden dengan perincian dan hiasan yang sesuai digaya dan dibawa ke mana sahaja. Gabungan fesyen dan gaya hidup ini sememangnya membuka satu lebaran baharu buat peminat sukan yang sukakan aktiviti kecergasan sambil bergaya tanpa batasan.
“Your Parisian Lifestyle“, tagline yang sesuai buat koleksi ELLE Active, kerana gayanya yang dinamik dan bebas gerak boleh sesuai pakai dimana sahaja sama ada ketika melakukan aktiviti lasak mahupun riadah ringkas. Pemilihan fabrik yang eksklusif dijahit kemas juga membuatkan pemakai selesa lama dan sejuk walaupun ketika melakukan aktiviti luar.
ELLE Active menampilkan lima siri fesyen, antaranya, Golf, Running, Tennis, Cycling dan Athleisure. Setiap lima siri ini direka fungsi untuk memberi keselesaan kepada pemakai. Rekaan ELLE Active ini harus diberi tumpuan oleh pemata fesyen sukan, kerana ia lengkap dengan ciri yang selesa dan rekaan gaya yang terkini.
Rekaan RUNNING yang menampilkan padanan bra sukan dan seluar sukan spandex dihias bersama topi cetakan ELLE Active dalam warna Navy Blue dan Beige.
Tampil klasik mewah dalam rekaan GOLF yang berwarna Navy Blue dan White Beige. Anda boleh gayakan ia sama ada dengan seluar mahupun skirt pendek paras peha.
Rekaan yang minimalis ini pastinya mencuri tumpuan. Direka selesa dan anti-peluh ini juga terdapat dalam warna Navy Blue dan White Beige. Boleh disuai padan dengan jaket sukan ELLE Active.
Buat penggemar sukan CYCLING, koleksi ini pastinya memenuhi aspek keselamatan dan keselesaan anda tanpa batasan. Gaya seluar sukan pendek ini boleh dipadankan dengan seleksi jaket pilihan ELLE Active dan bra sukan. Selain boleh didapati di butik fizikal ELLE:
- MID VALLEY MEGAMALL
- 1 UTAMA SHOPPING CENTRE
- SUNWAY PYRAMID
- SUNWAY VELOCITY
- IOI MALL PUCHONG
- IOI CITY MALL, PUTRAJAYA
- GENTING SKYAVENUE GENTING HIGHLAND
- THE MALL, MID VALLEY SOUTHKEY, JB
- Dan banyak lagi
Buat penggemar fesyen dalam talian, himpunan fesyen ini juga boleh dimiliki di Zalora dan Voirgallery. Untuk mendapatkan informasi lebih lengkap terkait fesyen ELLE Active ini, kunjungi laman sosial rasmi ELLE Active, eksklusif di @elleapparelmy.
Artikel berkaitan: 10 Gaya Karpet Merah Rihanna Paling Diingati